August 14, 2009

BULETIN : Ahlan Bikum Ya Ramadhan

Bahang Ramadhan kian dirasai. Di MATRI semakin terasa bahangnya.

"Bestnya nak puasa. Tak sabar ana!"

"Alhamdulillah ana dah habis qadha puasa. kalau tidak jenuh ana nak ganti."

Ramadhan ni, ana nak buat ibadah sebanyak yang mungkin."

Itulah antara apa yang meniti di bibir puteri MATRI. Sambutan Ramadhan dihangatkan lagi dengan pertandingan melukis poster. Ramadhan, Ramadhan jugak. Cuti sekolah makin dekat.

August 12, 2009

TOKOH : Salahuddin al-Ayyubi Panglima Berhati Mulia


Beliau adalah seorang pahlawan Islam yang menghabiskan seluruh kehidupannya untuk menjaga maruah agama dan melindungi orang-orang yang teraniaya. Kehandalan dan keberaniannya menjadi lambang kebanggaan setiap muslim di sepanjang zaman.

Orang Eropah yang mengaguminya memanggil Saladin. Teapi nama sebenar beliau adalah Yusuf Salahudin Al-Ayyubi. Beliau dilahirkan di Bandar Tikrit, Iraq pada 543H/1138M. Keluarganya adalah keluarga pejuang . Ayahnya, Najmuddin Ayyub adalah seorang panglima perang. Sultan Imaduddin Zanki menganggap Salahuddin sebagai anak sendiri. Di bawah asuhan mereka itulahSalahuddin membesar. Pada malam hari, dia belajar ilmu tafsir, hadis dan tasauf dari ulama- ulama istana. Pada siang hari pula, ayahnya dan pejuang- pejuang Islam yang lain mengajarnya ilmu pertempuran dan strategi peperangan.

Di dalam satu peperangan di mana satu bala tentera terbesar Eropah yang menggabungkan kekuatan tentera dari tiga negara iaitu Jerman, Perancis, dan Inggeris yang dipimpin oleh Raja Richard 'Lion Heart' telah menyerang kubu pertahanan Salahuddin al-Ayyubbi. Serangan tentera bersekutu itu telah berjaya dipatahkan oleh pasukan Salahuddin. Salahuddin bukan sahaja pejuang dalam peperangan sahaja. Beliau juga merupakan seorang berjiwa lembut dan penuh kasih sayang.

Dalam pertempuran yang hebat itu, Raja Richard telah mendapat luka parah. semua pakar perubatan telah terbunuh sehingga tiada lagi orang yang boleh merawat Raja Richard. Berita tersebut telah sampai kepada Salahuddin. Maka pada satu malam Salahuddin telah menyamar sebagai seorang doktordan pergi ke khemah Raja Richard. Salahuddin meminta agar semua orang keluar daripada khemah tersebut kecuali beliau dan Raja Richard.

Salahuddin kemudiannya mendedahkan dirinya yang sebenar di hadapan Raja Richard. Raja Richard terperanjat apabila melihat orang yang mengubatinya ternyata musuh yang sedang diperanginya siang dan malam. Raja Richard terharu dengan keluhuran budi pekerti Salahuddin. Raja Richard akhirnya memutuskan unyuk kembali ke England bersama tenteranya.

Salahuddin menganggap peperangan bukanlah untuk membunuh dan memusnahkan tetapi hanyalah satu cara untuk menegakkan kebenaran. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW :
"Orang yang kuat itu bukan yang handal dalam berperang, tetapi orang yang kuat itu ialah oranh yang mampu menahan diri ketika marah." (Riwayat Muslim)