November 28, 2009

WASIAT SEORANG TEMAN


…::wAsiaT se0rAnG tEMaN::…

Teman,

Kekadang aku SYADWA,

Betapa indahnya syurgaNya,

Entah pasti atau tidak kita NAJIHAH,

Entah pasti atau tidak kita mencapai satu FALAHI yang amat besar iaitu memasuki syurganya,

Yang didalamnya mengalir SALSABILA

Yang di dalamnya terdapat banyak KHAIRATUN hisan

Yang di dalamnya terdapat banyak umat yang ANIS dan berIMAN

Dan adalah satu FARINA yang besar jika kita memasukinya

Ahli-ahlinya semuanya bersujud SYAKIRAH dengan penuh rasa IMTINAN

Betapa IZATTIEnya berada di dalamnya…


Wahai AMIRAH DINI yang merindukan SYAHIIDAH di jalanNYA,

Inginku perdengarkan buatmu FARHATUN NAJWA ini,

Jadilah dirimu NORAIN yang ZUHAIDAH dengan duniawi,

SAKINAH dalam menghadapi dugaan dan

HAKIMAH dalam membuat keputusan,

Jadilah dirimu UMMU AIMAN yang ADILAH dalam menjatuhkan hukuman,

LIYAnA dalam urusan yang diperlukan dan

HAZIQAH membezakan hak dan batil

Agar nanti balasannya NAZIHAH yang besar

Apabila NURUL nya memancar di wajahmu,

Dirimu disanjung ALIYAH

Hatimu sentiasa FARHATUL dan NAZIFAH

ZULAIKHAmu sentiasa terserlah dan

ASMA’mu menyerlah di mata dunia

Walau apapun dirimu tetap dirimu….

ILYNA tetap ILYNA…

FAATHIMAH tetap FAATHIMAH...



RENUNGAN : Just Remember



ALLAH
When things are down
and you are out of your mind
remember just remember
Allah is The Kind.

When your life is in darkness
and nothing in right
remember just remember
it doesn't make sense
but Allah is The Wise

When times are troubled
and no one seems to care
remember just remember
Allah won't hurt you, He is The Fair.

When your heart is breaking
and your pain makes you fall
remember just remember
Allah Sees it all.

When you are weak
and road seems long
remember just remember
seek strength from The Strong

When life is a burden
and everything is unstable
remember just remember
Allah is The Able

When the way is cloudy
and there is no one by your side
remember just remember
Allah is The Only Guide

When no one wants to listen
or is willing to lend an ear
remember just remember
Allah is always ready to hear.

When you poor and penniless
and your are stuck in a niche
remember just remember
Allah is The Rich.

When you are down in your misery
and there is nowhere to run
remember just remember
you can run to The One

And when your scars are hurting
and when your heart is in fear
remember just remember
Allah is really here.

Forgive me Allah
for the wrong I have done
for the anger I shouldn't have
against anyone

I know I'm weak Allah
But I love You, really do
and in spite of my weakness
I know You love me too

forgive me for not reading
forgive us for not practising
forgive us for not implementing Your Eternal Words
while society at large suffer
from the ommission of our submission

Oh Allah let us come to the understanding
only with Your Deen can humanity Prevail
and for the times that I stray
forgive me for being too tired
when I don't take the time to prays
while my Ummah lay in shame
with ignorance I forget Your Way

Give me the strength, oh Allah!
to do what I should do each day
let Your love shine through me
so others will follow Your way

Even though I've failed, Allah
I know You'll forgive me
and this I promise, Lord
a better Muslim I will be

For Your presence is in me
filling my heart with Your love
and I have Your reassurance
You're guiding us from above

I love you Allah, and thank you Allah
for the limitless blessing You bestow
I must tell other about You
so Your goodness they too, will know
forgive me, Ya Allah
forgive and guide this Ummah.

Victory is promise by You
make us worthy of it, Ya Allah.









November 19, 2009

BULETIN : Minggu Terakhir Di MATRI Sesi 2009


Hari-hari terakhir di MATRI bagi 19th genarations agak menyedihkan.
kenapa???
Dari 65 orang, kini cuma tinggal...... kurang 40. Sedihnye.....
Semalam, jamuan tahunan tingkatan 1p Aisyah cuma dihadiri 17 orang pelajar dari 30. Dieceriakan dengan kehadiran guru kesayangan kami, Puan Shariffah binti Ismail. Makan kecil-kecilan sahaja.
Keesokan harinya, amal jamai'e kelas diadakan.
Kelas kami (1p Aisyah) agak riuh-rendah dengan suara-suara sumbang (he..he..) yang menasyidkan pelbagai nasyid. Sampai kantin, bilik air musolla, dan bilik guru pun boleh dengar. Ish...ish... Tapi ana pun join sekaki la.
Buat princess 19 yang tak ada pada detik-detik terakhir JANGAN jealous!

November 7, 2009

BULETIN : Exam dah habis! Program menjelma



MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Exam dah habis! Huhu.... syoknya. Tapi kegembiraan tak lama. Cuma beberapa minit. Kenapa? Takut dengan result la, apalagi. Pelbagai andaian bermain di fikiran. 'Mersot ke? Teruk sangat ke? Okey ke? A ke? B ke? Takpun.... C? '

Biarlah ALLAH yang menetukan. Banyak usaha kita, banyaklah yang kita dapat. Sikit yang kita usaha, sikitlah yang kita dapat.

Sementara menuggu cuti akhir tahun tiba, MATRI telah mengadakan program untuk para pelajar tingkatan 1,2 ,4 dan marhallah khassah 1 . Dibahagikan kepada lima platun. Badar, Uhud, Khaibar, Qadisiyah, dan Yarmouk. Platun-platun di MATRI dinamakan sempena nama-nama perang untuk menaikkan semangat jihad yang ada dalam diri setiap pelajar. Alhamdullilah setiap pelajar memberi kerjasama yang penuh (rasanye la). Ada sukan, ada debat, ada hari pendidikan islam, ada.......banyak la!
Oh! cuti dah dekat. Cuti, cuti jugak. Jaga HDA.
Selamat tinggal 2009.....
Ahlan wasahlan 2010!

October 10, 2009

KENANGAN: DI SINI, SEGALANYA BERMULA



MATRI....
Di sini segalanya bermula....
Salam perkenalan menghiasi ukhwah yang baru mekar berkembang...
Senyuman manis tergaris di saat ukhwah bermula ...
Kini, hampir setahun kita melayari hidup di bumi tarbiyah, di tanah wakafan ini,
Pelbagai cabaran dan dugaan kita tempuh bersama...
Adakalanya keluhan meniti di bibir...
Adakalanya manik jernih mengalir...
Kita tetap tempuhinya dengan niat mencari....redhaNya....

Ya Allah,
pertemukanlah kami dengan kasihMu,
satukanlah kami dengan rahmatMu,
eratkanlah hubungan kami hanya keranaMu,
dan dengan keeratan ini berikanlah kami kekuatan untuk mempertahankan deenMu,
serta syahidkanlah kami bersama-sama di atas jalanMu.

amin....




September 26, 2009

RENUGAN: Lembaran Hidup Wanita Solehah



Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senag rela bersama...


Dapatkah ku didk jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...


Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanyayang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...


Ketika aku marah
Ingin aku intip serpihan sabar
Dari catatan Siti Sarah...


Tabah jiwaku
Setabah ummi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa dibantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar...


Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah...

September 15, 2009

RAMADHAN....

August 14, 2009

BULETIN : Ahlan Bikum Ya Ramadhan

Bahang Ramadhan kian dirasai. Di MATRI semakin terasa bahangnya.

"Bestnya nak puasa. Tak sabar ana!"

"Alhamdulillah ana dah habis qadha puasa. kalau tidak jenuh ana nak ganti."

Ramadhan ni, ana nak buat ibadah sebanyak yang mungkin."

Itulah antara apa yang meniti di bibir puteri MATRI. Sambutan Ramadhan dihangatkan lagi dengan pertandingan melukis poster. Ramadhan, Ramadhan jugak. Cuti sekolah makin dekat.

August 12, 2009

TOKOH : Salahuddin al-Ayyubi Panglima Berhati Mulia


Beliau adalah seorang pahlawan Islam yang menghabiskan seluruh kehidupannya untuk menjaga maruah agama dan melindungi orang-orang yang teraniaya. Kehandalan dan keberaniannya menjadi lambang kebanggaan setiap muslim di sepanjang zaman.

Orang Eropah yang mengaguminya memanggil Saladin. Teapi nama sebenar beliau adalah Yusuf Salahudin Al-Ayyubi. Beliau dilahirkan di Bandar Tikrit, Iraq pada 543H/1138M. Keluarganya adalah keluarga pejuang . Ayahnya, Najmuddin Ayyub adalah seorang panglima perang. Sultan Imaduddin Zanki menganggap Salahuddin sebagai anak sendiri. Di bawah asuhan mereka itulahSalahuddin membesar. Pada malam hari, dia belajar ilmu tafsir, hadis dan tasauf dari ulama- ulama istana. Pada siang hari pula, ayahnya dan pejuang- pejuang Islam yang lain mengajarnya ilmu pertempuran dan strategi peperangan.

Di dalam satu peperangan di mana satu bala tentera terbesar Eropah yang menggabungkan kekuatan tentera dari tiga negara iaitu Jerman, Perancis, dan Inggeris yang dipimpin oleh Raja Richard 'Lion Heart' telah menyerang kubu pertahanan Salahuddin al-Ayyubbi. Serangan tentera bersekutu itu telah berjaya dipatahkan oleh pasukan Salahuddin. Salahuddin bukan sahaja pejuang dalam peperangan sahaja. Beliau juga merupakan seorang berjiwa lembut dan penuh kasih sayang.

Dalam pertempuran yang hebat itu, Raja Richard telah mendapat luka parah. semua pakar perubatan telah terbunuh sehingga tiada lagi orang yang boleh merawat Raja Richard. Berita tersebut telah sampai kepada Salahuddin. Maka pada satu malam Salahuddin telah menyamar sebagai seorang doktordan pergi ke khemah Raja Richard. Salahuddin meminta agar semua orang keluar daripada khemah tersebut kecuali beliau dan Raja Richard.

Salahuddin kemudiannya mendedahkan dirinya yang sebenar di hadapan Raja Richard. Raja Richard terperanjat apabila melihat orang yang mengubatinya ternyata musuh yang sedang diperanginya siang dan malam. Raja Richard terharu dengan keluhuran budi pekerti Salahuddin. Raja Richard akhirnya memutuskan unyuk kembali ke England bersama tenteranya.

Salahuddin menganggap peperangan bukanlah untuk membunuh dan memusnahkan tetapi hanyalah satu cara untuk menegakkan kebenaran. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW :
"Orang yang kuat itu bukan yang handal dalam berperang, tetapi orang yang kuat itu ialah oranh yang mampu menahan diri ketika marah." (Riwayat Muslim)

July 25, 2009

RENUNGAN: First Article

BUAT RENUNGAN PARA DAI`E

Duduk beriman sebentar,

Ikhlaskan hatimu wahai insan,
Dikala senyum,
Dikala pilu,

>Ikhlas???
Menghendaki keredhaan Allah dengan sesuatu amal,
membersihkannya dengan segala noda individual mahupun duniawi.

>Kenapa???
Allah tidak menerima satu amal pun tanpa disertai dengan keikhlasan. Tanpa keikhlasan ini pula, suatu amal tidak akan diredhai di sisi Allah. Allah meredhai suatu amal soleh secara langsung jika disertai dengan keikhlasan, terlepas dari syirik, yang kecil mahupun besar yang kelihatan mahupun yang tersembunyi. Dengan kata lain, mereka harus melepaskan kata hati yang bererti harus bergantung kepada Tuhannya. Dengan begitu Allah akan memberi kekuatan sebagai ganti dari kekuatan dan memberinya kecukupan sebagai ganti dari kemiskinan.

>Senang ke???
Wahai insan, janganlah menyangka bahawa mewujudkan ikhlas itu pekerjaan yang mudah, bahawa ikhlas itu boleh diperolehi setiap hati yang menghendakinya dan bahawa ikhlas itu boleh diperolehi dengan usaha yang sederhana tanpa harus bersusah payah.

MARI BERTA`ARUF

Bismillahirahmannirahim...

Mari berta`aruf! Ta`aruf apa ye? Apa lagi kalau bukan tentang princess 19!

Kami adalah generasi ke sembilan belas MATRI. Tapi itu tak bermakna MATRI baru berumur 19 tahun. MATRI sekarang 22 tahun. Ana adalah salah seorang daripada princess 19. Bilangan pelajar puteri gen.19 adalah 66 orang. Sikit sahaja bilangannya. Tapi banyak karenah.Walaupun kami baru bersua (6 bulan), tapi kami satu hati. Itulah nikmatnya ukhwah fillah. Sebenarnya ana tak tau nak taip apa, biasalah budak kecil (tak la kecil sangat). Apa yang akan dimuatkan dalam blog ni ye? Tentulah cerita-cerita tentang princess 19, artikel- artikel yang manfaat, cerita dakwah di MATRI, dan banyak lagi!

Mari ana cerita lagi serba sedikit tentang princess 19...
Kami dibahagi kepada 2 kelas. 1 `Aishah dan 1 Zainab. Ketua kelasnya,Haziyah dan Zulfa. Kami datang dari seluruh Malaysia termasuk Sarawak. Indonesia juga tak ketinggalan.

Ana rasa sampai sini saja kot. Tangan pun dah beku, tak tau nak taip apa. Salam `alaik!