July 25, 2009

RENUNGAN: First Article

BUAT RENUNGAN PARA DAI`E

Duduk beriman sebentar,

Ikhlaskan hatimu wahai insan,
Dikala senyum,
Dikala pilu,

>Ikhlas???
Menghendaki keredhaan Allah dengan sesuatu amal,
membersihkannya dengan segala noda individual mahupun duniawi.

>Kenapa???
Allah tidak menerima satu amal pun tanpa disertai dengan keikhlasan. Tanpa keikhlasan ini pula, suatu amal tidak akan diredhai di sisi Allah. Allah meredhai suatu amal soleh secara langsung jika disertai dengan keikhlasan, terlepas dari syirik, yang kecil mahupun besar yang kelihatan mahupun yang tersembunyi. Dengan kata lain, mereka harus melepaskan kata hati yang bererti harus bergantung kepada Tuhannya. Dengan begitu Allah akan memberi kekuatan sebagai ganti dari kekuatan dan memberinya kecukupan sebagai ganti dari kemiskinan.

>Senang ke???
Wahai insan, janganlah menyangka bahawa mewujudkan ikhlas itu pekerjaan yang mudah, bahawa ikhlas itu boleh diperolehi setiap hati yang menghendakinya dan bahawa ikhlas itu boleh diperolehi dengan usaha yang sederhana tanpa harus bersusah payah.

1 comment:

im_sakura96 said...

aku tak tahu bagaimana caranya untuk berterima kasih padamu kerana sentiasa mengingatiku dalam aku sedang menghadapi liku-liku hidup yang tidak mampu untuk ku hadapi.kenenag daku dalam doamu...