July 25, 2009

MARI BERTA`ARUF

Bismillahirahmannirahim...

Mari berta`aruf! Ta`aruf apa ye? Apa lagi kalau bukan tentang princess 19!

Kami adalah generasi ke sembilan belas MATRI. Tapi itu tak bermakna MATRI baru berumur 19 tahun. MATRI sekarang 22 tahun. Ana adalah salah seorang daripada princess 19. Bilangan pelajar puteri gen.19 adalah 66 orang. Sikit sahaja bilangannya. Tapi banyak karenah.Walaupun kami baru bersua (6 bulan), tapi kami satu hati. Itulah nikmatnya ukhwah fillah. Sebenarnya ana tak tau nak taip apa, biasalah budak kecil (tak la kecil sangat). Apa yang akan dimuatkan dalam blog ni ye? Tentulah cerita-cerita tentang princess 19, artikel- artikel yang manfaat, cerita dakwah di MATRI, dan banyak lagi!

Mari ana cerita lagi serba sedikit tentang princess 19...
Kami dibahagi kepada 2 kelas. 1 `Aishah dan 1 Zainab. Ketua kelasnya,Haziyah dan Zulfa. Kami datang dari seluruh Malaysia termasuk Sarawak. Indonesia juga tak ketinggalan.

Ana rasa sampai sini saja kot. Tangan pun dah beku, tak tau nak taip apa. Salam `alaik!

2 comments:

im_sakura96 said...

hai,nak kenalkan haziyah `n' zulfa je ke?????yang laen2 tu tak nak kenal kan ke??//nanti kecoh pulak 1 matri.....heheheheheh....

a.r.d. said...

nmpk nye indon tu dah lesap dah kat batch korg...hehehe...