July 25, 2009

RENUNGAN: First Article

BUAT RENUNGAN PARA DAI`E

Duduk beriman sebentar,

Ikhlaskan hatimu wahai insan,
Dikala senyum,
Dikala pilu,

>Ikhlas???
Menghendaki keredhaan Allah dengan sesuatu amal,
membersihkannya dengan segala noda individual mahupun duniawi.

>Kenapa???
Allah tidak menerima satu amal pun tanpa disertai dengan keikhlasan. Tanpa keikhlasan ini pula, suatu amal tidak akan diredhai di sisi Allah. Allah meredhai suatu amal soleh secara langsung jika disertai dengan keikhlasan, terlepas dari syirik, yang kecil mahupun besar yang kelihatan mahupun yang tersembunyi. Dengan kata lain, mereka harus melepaskan kata hati yang bererti harus bergantung kepada Tuhannya. Dengan begitu Allah akan memberi kekuatan sebagai ganti dari kekuatan dan memberinya kecukupan sebagai ganti dari kemiskinan.

>Senang ke???
Wahai insan, janganlah menyangka bahawa mewujudkan ikhlas itu pekerjaan yang mudah, bahawa ikhlas itu boleh diperolehi setiap hati yang menghendakinya dan bahawa ikhlas itu boleh diperolehi dengan usaha yang sederhana tanpa harus bersusah payah.

MARI BERTA`ARUF

Bismillahirahmannirahim...

Mari berta`aruf! Ta`aruf apa ye? Apa lagi kalau bukan tentang princess 19!

Kami adalah generasi ke sembilan belas MATRI. Tapi itu tak bermakna MATRI baru berumur 19 tahun. MATRI sekarang 22 tahun. Ana adalah salah seorang daripada princess 19. Bilangan pelajar puteri gen.19 adalah 66 orang. Sikit sahaja bilangannya. Tapi banyak karenah.Walaupun kami baru bersua (6 bulan), tapi kami satu hati. Itulah nikmatnya ukhwah fillah. Sebenarnya ana tak tau nak taip apa, biasalah budak kecil (tak la kecil sangat). Apa yang akan dimuatkan dalam blog ni ye? Tentulah cerita-cerita tentang princess 19, artikel- artikel yang manfaat, cerita dakwah di MATRI, dan banyak lagi!

Mari ana cerita lagi serba sedikit tentang princess 19...
Kami dibahagi kepada 2 kelas. 1 `Aishah dan 1 Zainab. Ketua kelasnya,Haziyah dan Zulfa. Kami datang dari seluruh Malaysia termasuk Sarawak. Indonesia juga tak ketinggalan.

Ana rasa sampai sini saja kot. Tangan pun dah beku, tak tau nak taip apa. Salam `alaik!