October 7, 2010

Bingkisan Untukmu Kawan

Kawan..
Bersabarlah dikau
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan
Usahlah ditangisi perpisahan ini
Kerana semuanya pasti ada hikmah tesembunyi

Kawan..
Memori indah kita bersama
Kembali menerjah di ingatanku
Setiap detik kita bersama
Bergurau senda penuh gembira

Kawan..
Walaupun kini tiada lagi semua itu
Tetapi ia tetap bersemadi di ingatanku
Moga ia akan berulang kembali

Kawan..
hanya ini sahaja binbgkisan dariku
Moga dikau sentiasa gembira
Berdoalah wahai kawanku
Agar kita dapat bertemu suatu hari nanti
Agar kita dapat bersatu semula
Seperti hari hari yang dulu
Amin..

Nukilan: Norain Izzati Rosli