May 15, 2010

Di mana islamnya....?




Duhai sahibahku,
Tidak sedarkah kalian bahawa ma'had kita kini semakin tenat. Pelajar-pelajar semakin jahil. Meskipun tarbiyah diterap sepanjang waktu. Ana takut. Ana sedih...

Ana tak ingin nama Ma'had Attarbiyah a-Islamiyah berubah menjadi Ma'had attarbiyah al-Jahiliyah. Namun...itulah yang berlaku sekarang. Lagu-lagu barat yang entah apa-apa itu semakin galak meniti di bibir pelajar. Tak malukah antunna?! Kalau ana, ana malu sangat. Malu denagn ALLAH! Bila ditegur, alasannya, 'Alah...nyayi je. Bukan lekat di hati pun.' atau 'lagu saja. bukannya tahu maksud. tak lalai pun...'

Sahibah tersayang,
Ana mohon maaf andai kata-kata ana ini menyakitkan hati. Tapi, sedarlah.... itulah hakikat yang berlaku di MATRI.
Suatu hari, salah seorang sahibah ana pernah berkata 'Salahkah kalau kita ni skema?' Ana cuma tersenyum. Kerana ana juga tergolong dalam golongan 'skema'. Kebanyakkanya orang skema tak berapa disukai kerana terlalu mengikut peraturan. Tak suka kepada benda-benda yang melalaikan. Lagu-lagu barat. Cuma kerana itu kami (skema) tak disukai.

Ya Allah,
Hati ana dah terlalu terbeban melihat perubahan yang berlaku di MATRI sekarang. Tidakkah antunna sedar? Ana menyeru kepada semua yang melihat dan merasai perubahan ini, AYUH! Mari sama-sama kita bangkit untuk mencegah dan mengubati perkara ini...

Akhir kalam sejuta kemaafan ana pohonkan andai kalam ana banyak menyakitkan hati...
wallahualam....

May 14, 2010

imtihan..

PEPERIKSAAN KIAN MENGHAMPIRI

apabila peperiksaan kian hampir, maka secara automatiknya semua pelajar MATRI akan pulun study di kala ini.Terutama skali form 4 dan form 5 yang akan berjuang minggu hadapan manakala kami, pelajar menengah rendah akan periksa seminggu lagi.

Ana terfikir sesuatu.Ana teringatkan kata Cikgu Shariffah, guru kelas 1 Aisyah 2009 merangkap guru sivik kami tahun ini yang amat pemurah untuk menceritakan pengalamannya kepada kami.Katanya, kita semua selalu mendengar yang hidup ini umpama roda, dan sebagainya.Tetapi, kali ini dia membawa, "hidup ini umpama peperiksaan."

HIDUP INI UMPAMA PEPERIKSAAN.

Setiap kali menghadapi peperiksaan, pasti kita akan belajar bersungguh, membaca buku serta mengulangkaji pelajaran tidak kira waktu sebagai bekalan otak ketika menghadpi peperiksaan. Setelah menjawab peperiksaan, kita akan menunggu hasilnya.Jika banyak usaha yang kita lakukan, maka baiklah jua keputusan kita.Kertas peperiksaan akan sampai ke tangan pemeriksa, lalu dia akan memeriksanya dan jika betul jawapan yang telah kita buat, maka kita akan lulus dalam peperiksaan.Jikalau tidak, akan tertandalah cop merah berukiran FAILED.

Tetapi pernah kah kita terfikir hidup ini umpama peperiksaan juga?
Seharian kita bribadah kepadaNya.
Menghadapi ujian yang Allah berikan pada kita.

Firman Allah surah Al-Ankabut ayat 2;
Adakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata "Kami beriman" sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

Dan setiap amalan yang kita lakukan, akan dicatat oleh malaikat.Tidak kira amalan sebesar zarah sekalipun, dia tetap akan mencatatnya atas uruhan Allah.

Dan di akhirat nanti, buku catatan yang telah ditulis malaikat selama kita hidup, akan diberi kepada Allah.Allah akan memeriksa buku catatan kita.Jikalau banyak kebaikan yang kita lakukan, insya-ALlah, syurga lah tempat kita.Tetapi jika amal kejahatan yang banyak....maka jawapannya ialah NERAKA.

Apa yang ana ingin highlightkan di sini, kita kena rasa hidup kita ini umpama peperiksaan.Ambillah Al-Quran dan hadis sebagai panduan yang memandu hidup kita untuk mendapat keputusan yang mantap.Ingatlah, setiap apa yang kita lakukan, hatta membuang sampah sekalipun, akan dikira.Apatah lagi jikalau kita tidak menjaga aurat kita, maruah diri kita, layakkah kita untuk berangan mendapat syurgaNya?

Di dalam pemerhatian ana sejak awal tahun ini, masalah disiplin di MATRI terutama sahibah semakin menjadi-jadi.Bukti, banyak pelajar yang telah dibuang, serta banyak nama yang disebutkan di perhimpunan akibat melakukan masalah disiplin.
Ini bukan masalah MATRI, tetpi masalah diri sendri!Masalah hati yang terlalu hitam untuk melakukab kebaikan.Masalah diri yang selalu mengikut telunjuk nafsu dan hasutan syaitan.

Sedarlah sahibahku...

Sebagai seorang muslimah, mukminah yang soleh..kita harus mematuhi peraturan.Peraturan di MATRI bukanlah satu penyiksaan, peraturan di MATRI adalah peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah.Jangan kerana MATRI menyuruh kita memakai stokin, baru kita memakai stokin.Sebaliknya, kita kena istiqamah di mana-mana sahaja untuk memakai stokin.Aurat itu ialah maruah diri kita, kalau kita membuka aurat kita, maka tercemarlah maruah diri kita.Kalau bukan kita lagi yang menjadi qudwah kepada orang luar, siapa lagi?

sahibahku yang disayangikerana Allah,

entri ini bukanlah untuk meluahkan perasaan ana seorang.Namun ia adalah luahan hati pelajar MATRI yang lain yang kian bimbang dengan kemerosotan akhlak kita.Pelajar-pelajar MATRI yang ingin kan semua sahabat-sahabatnya menjadi baik, mempuanyai akhlak yang terpuji.Sedarlah, kita ini pelajar sekolah agama, akhlak kita, menunjukkan agama kita.Kalau kita tidak solehkan diri kita dahulu, bagaimana kita akan mensolehkan orang lain?Ana taknak orang kata.."Eleh, pelajar skola agama 2x5 je mcm skola biasa.."

Ana tak mahu, dan ana tahu, semua tak mahu !

Jadi, muhasabahkan diri kita balik.Periksa diri kita kembali.Mintalah ampunan dari Allah, sebelum segalanya sudah terlambat.Jangan tatkala matahari terbit dari tempat tenggelamnya, baru antunna menyesali segala2nya yang tika itu sudah terlewat...

Wallahu'alam..