May 15, 2010

Di mana islamnya....?




Duhai sahibahku,
Tidak sedarkah kalian bahawa ma'had kita kini semakin tenat. Pelajar-pelajar semakin jahil. Meskipun tarbiyah diterap sepanjang waktu. Ana takut. Ana sedih...

Ana tak ingin nama Ma'had Attarbiyah a-Islamiyah berubah menjadi Ma'had attarbiyah al-Jahiliyah. Namun...itulah yang berlaku sekarang. Lagu-lagu barat yang entah apa-apa itu semakin galak meniti di bibir pelajar. Tak malukah antunna?! Kalau ana, ana malu sangat. Malu denagn ALLAH! Bila ditegur, alasannya, 'Alah...nyayi je. Bukan lekat di hati pun.' atau 'lagu saja. bukannya tahu maksud. tak lalai pun...'

Sahibah tersayang,
Ana mohon maaf andai kata-kata ana ini menyakitkan hati. Tapi, sedarlah.... itulah hakikat yang berlaku di MATRI.
Suatu hari, salah seorang sahibah ana pernah berkata 'Salahkah kalau kita ni skema?' Ana cuma tersenyum. Kerana ana juga tergolong dalam golongan 'skema'. Kebanyakkanya orang skema tak berapa disukai kerana terlalu mengikut peraturan. Tak suka kepada benda-benda yang melalaikan. Lagu-lagu barat. Cuma kerana itu kami (skema) tak disukai.

Ya Allah,
Hati ana dah terlalu terbeban melihat perubahan yang berlaku di MATRI sekarang. Tidakkah antunna sedar? Ana menyeru kepada semua yang melihat dan merasai perubahan ini, AYUH! Mari sama-sama kita bangkit untuk mencegah dan mengubati perkara ini...

Akhir kalam sejuta kemaafan ana pohonkan andai kalam ana banyak menyakitkan hati...
wallahualam....

2 comments:

Abby said...

yah ! betol betol . haha :D


-nadhirah fauzi-

srikandi umar said...

salam ikhwany..
bagus perkongsian ni..
tapi rasanya x sesuai perkongsian masalah ma'had kita di khalayak..seolah2 spt buka aib sndiri..
x salah kalau nak berkongsi..mungkin di tmpt2 yg lbih private or scara bertapis skit,ok kot..
asif kalau tersinggung..
Jazakillahukhair..