March 14, 2010

Cuti Penggal


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




Assalamualaikum..

ini kali pertama ana mencoretkan kata-kata ana di dinding blog 19 generations matri ini.Rasanya, tidak terlambat lagi untuk ana ucapkan selamat bercuti untuk semua sahibah2 ana yg disayangi kerana Allah.

bagaimanakah antunna mengisi masa cuti antunna?

ana sangat berharap agar kita semua menjadi anak solehah, taat kepd ibu bapa.Jgn bangun lmbt ye!Tolong2lah keluarga antunna.Hargailah setiap masa antunna di rumah kerana bak kata Cikgu Hilmi..kita kena mencari peluang untuk masuk syurga di rumah.Jgn kecilkan hati ibu bapa, tetapi jadilah penawar di setiap kali mereka berduka.Ini juga khas buat diri ana yg serba kelemahan.

Ohh ya,
ana harap semua jangan lupa study sbb lepas cuti ni ada ujian kan?Moga kita sama2 mndpt cemerlang nnti.Balik cuti ni juga, jgn tinggalkan hafazan.Sebaiknya buatlah apa yg di Matri seperti di rumah.

Sahibah2ku,

ana juga ingin mencoretkan kata2 maaf buat antunna semua.Ana tahu byk di kalangan antunna yg tidak menyukai ana.Tapi ana redha.Fitrah manus~bukan semua org menyukai kita.Tapi sahibahku..fikirlah sejenak.Sempurna sgtkah diri kita utk kita membenci org lain?Adakah taraf kita ini terlalu tinggi?Sedangkan kita semua datang dari air mani yang sgt hina ! Allah beri keistimewaan dan kekurangan pd setiap hambaNya. Sebagai seorang sahabat, kita kena menerima segala kelebihan dan kekurangan sahabat kita yg lain.

Selalu kita menyanyikan lagu Kau Kawan,Sahabat dan Teman.Tapi mengertikah kalian apa yg cuba disampaikan di dlm lagu itu?

Ana ingin membawa kan kembali lagu ini untuk kita muhasabahkan diri bersama.

Ketika mula bertemu
Terasa bagai telah lama bersua
Kau sambut hulur tanganku
Bertegur sapa penuh mesra

Masa terus berlalu
Dan kita tetap seiringan berjalan
Menempuh onak liku
Lalui semua suka dan duka bersama

Biarlah apapun rahsia
Dan kelemahanmu tetap engkau temanku

Riangnya saat kita ketawa
Asyik senda dan bercerita
Walau sesekali pandangan kita berbeza
Andainya tetap serupa

Adakalanya kita juga saling terluka
Namun di akhirnya kita tetap bersama

Dan kini dipisahkan dua benua
Saling mengejar cita
Tak pernah kulupakan
Detik yang indah bersamamu temanku

Ku pasti suatu masa
Engkau dan aku kan bertemu semula
Kembali menjalinkan detik nan indah
Untuk kenangan bersama

Sahibahku, ingatlah kembali apa yang kita belajar di MATRI, ingatlah apa yang para murobbi berpesan kepada kita.Sesungguhnya, kita semua bersahabat kerana Allah.Sama2lah kita nasihat menasihati ke arah kebaikan.Sama2 kita menjadi baik dan mengajak org menjadi baik.Segala kekurangan dan kelebihan sahabat kita, hendak lah kita terima.Kerana sesungguhnya Allah menciptakan setiap manusia itu berbeza, supaya kita boleh lengkap melengkapi antara satu sama lain.Inilah gunanya sahabat.Ana nak kita semua sama2 masuk syurga.Ana nak semua org tahu, yg ana syg antunna semua, wlupun ana x rapat sgt dgn antunna, tp sayang ana pd antunna tak pernah berkurangan.
Moga persahabatan kita diredhaiNya, insya Allah.

Takbir!
Allahuakbar..

No comments: