December 6, 2010

Surat kiriman ku..khas buat mu...

KHAS UNTUK MU...
HARI ITU KITA JALAN SEKALI,
SERONOK KAN JALAN SAMBIL BERGURAU,
TP..LAGI SERONOK BILA ANTI BAGI HADIAH TU,
ITULAH HADIAH YANG TAK BOLEH ANA LUPA,
SENYUMAN MANIS ANTI..
ESOK BILA ANA DAH TAK BOLEH JALAN,
ANA NAK ANTI IRINGI ANA,
MASA NI ANA DAH TAK BOLEH PANGGIL ANTI MACAM SELALU,
ANTI YANG KENA DATANG.
MASA NI ANA NAK HADIAH LAGI,
TAPI..ANA DAH TAK NAK SENYUMAN,
ANA NAK ANTI TOLONG HADIAHKAN AL-FATIHAH,
ANTI TOLONG BACAKAN UNTUK ANA,
SEBAB ANA DAH TAK BOLEH NAK BACA SENDIRI,
LEPAS TU BILA ADA ORANG LETAK ANA BAWAH PAPAN,
ANTI JANGAN NANGIS CARI ANA TAU...
SEBAB ANA DAH TAK BOLEH TENGOK ANTI..
JANJI YA?

RINDU KORANG...
FRIEND FOREVER...

SALAM
961120

December 5, 2010

For all my friend..


NIKMAT PALING MANIS ADALAH APABILA ALLAH MENTARBIYAH KITA DENGAN PELBAGAI BENTUK UJIAN, NAMUN TAUTAN UKHUWAH MAMPU BERHADAPAN DENGAN SEJUTA KESULITAN YANG MEMBERIKAN SUNTIKAN SEMANGAT PERJUANGAN, ALIRKAN HALAWATUL UKHWAH, KESUNGGUHAN DALAM BERJUANG MELALUI RABITAH HATI,
SALAM MUJAHADAH..

SOMETIMES ALLAH BREAKS OUR SPIRIT TO SAVE OUR SOUL,
SOMETIMES ALLAH BREAKS OUR HEART TO MAKE US WHOLE,
SOMETIMES ALLAH ALLOWS PAIN SO WE CAN BE STRONGER,
SOMETIMES ALLAH SENDS US FAILURE SO WE CAN BE HUMBLE,
SOMETIMES ALLAH ALLOWS ILLNESS SO WE CAN TAKE A BETTER CARE,
SOMETIMES ALLAH TAKES EVERYTHING AWAY SO WE CAN LEARN THE VALUE OF EVERYTHING HE GAVE,
MAKE PLANS BUT UNDERSTAND THAT WE LIVE BY ALLAH'S GRACE...

LOVE YOU ALL COZ ALLAH...

November 23, 2010

yo!!

apa korang rasa psl perubahan blog nih?? http://www.emocutez.com


kalo ada cadangan pape ltk lah..contohnye


tmbah tu ke nih ke..insyAllah kte akan cube


ntok buat..kte pun tkde idea nak ckp


ape..just kasi nasihat lah..jaga diri leklok noo..http://www.emocutez.com


rajin2kan diri sentiasa..bgn awal


sentiasa..jgn ada yg pukul 12.00 tghari


dan keatas baru nk bgnhttp://www.emocutez.com..erm tu je lah


kot..saja nk tmbah post bg ceria cket..http://www.emocutez.com


nnti ada KMK sape pergi?? kt sini ana selitkan


psl iklan KMK...






erm..tu jelah ana pun tak tau nk ckp pe lagi..http://www.emocutez.com


sampai di sini saje..


salam sejahtera..dan selamat pagi...http://www.emocutez.com


24 November..8.59 pagi..Cheras,K.lumpur..


ana,Nursyafica Nadia bt.Johari..


mengundur diri...


assalamualakum..http://www.emocutez.com

October 7, 2010

Bingkisan Untukmu Kawan

Kawan..
Bersabarlah dikau
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan
Usahlah ditangisi perpisahan ini
Kerana semuanya pasti ada hikmah tesembunyi

Kawan..
Memori indah kita bersama
Kembali menerjah di ingatanku
Setiap detik kita bersama
Bergurau senda penuh gembira

Kawan..
Walaupun kini tiada lagi semua itu
Tetapi ia tetap bersemadi di ingatanku
Moga ia akan berulang kembali

Kawan..
hanya ini sahaja binbgkisan dariku
Moga dikau sentiasa gembira
Berdoalah wahai kawanku
Agar kita dapat bertemu suatu hari nanti
Agar kita dapat bersatu semula
Seperti hari hari yang dulu
Amin..

Nukilan: Norain Izzati Rosli

June 3, 2010

KepadaNYA kita kembali.....




Semalam....
MATRI digemparkan dengan berita kematian kak Jannah Sani. "Inalillah hiwainna ilaihiraji'un...." Ya Allah sedihnya hati....Musolla puteri semalam dipenuhi suasana hiba. Kak Maryam Kamilah, adik Kak Jannah sudah pulang ke rumahnya semalam (Khamis) selepas menerima berita menyayat hati itu.

Termasuk Kak Jannah sudah 10 orang pelajar MATRI telah kembali ke rahmatullah. Antaranya, Abang Ammar bin Zulkifli, Meor Mabrur, dan Zuhairi.

Semoga Allah merahmati dam mencucuri roh mereka...
Al-Fatihah...

May 15, 2010

Di mana islamnya....?




Duhai sahibahku,
Tidak sedarkah kalian bahawa ma'had kita kini semakin tenat. Pelajar-pelajar semakin jahil. Meskipun tarbiyah diterap sepanjang waktu. Ana takut. Ana sedih...

Ana tak ingin nama Ma'had Attarbiyah a-Islamiyah berubah menjadi Ma'had attarbiyah al-Jahiliyah. Namun...itulah yang berlaku sekarang. Lagu-lagu barat yang entah apa-apa itu semakin galak meniti di bibir pelajar. Tak malukah antunna?! Kalau ana, ana malu sangat. Malu denagn ALLAH! Bila ditegur, alasannya, 'Alah...nyayi je. Bukan lekat di hati pun.' atau 'lagu saja. bukannya tahu maksud. tak lalai pun...'

Sahibah tersayang,
Ana mohon maaf andai kata-kata ana ini menyakitkan hati. Tapi, sedarlah.... itulah hakikat yang berlaku di MATRI.
Suatu hari, salah seorang sahibah ana pernah berkata 'Salahkah kalau kita ni skema?' Ana cuma tersenyum. Kerana ana juga tergolong dalam golongan 'skema'. Kebanyakkanya orang skema tak berapa disukai kerana terlalu mengikut peraturan. Tak suka kepada benda-benda yang melalaikan. Lagu-lagu barat. Cuma kerana itu kami (skema) tak disukai.

Ya Allah,
Hati ana dah terlalu terbeban melihat perubahan yang berlaku di MATRI sekarang. Tidakkah antunna sedar? Ana menyeru kepada semua yang melihat dan merasai perubahan ini, AYUH! Mari sama-sama kita bangkit untuk mencegah dan mengubati perkara ini...

Akhir kalam sejuta kemaafan ana pohonkan andai kalam ana banyak menyakitkan hati...
wallahualam....

May 14, 2010

imtihan..

PEPERIKSAAN KIAN MENGHAMPIRI

apabila peperiksaan kian hampir, maka secara automatiknya semua pelajar MATRI akan pulun study di kala ini.Terutama skali form 4 dan form 5 yang akan berjuang minggu hadapan manakala kami, pelajar menengah rendah akan periksa seminggu lagi.

Ana terfikir sesuatu.Ana teringatkan kata Cikgu Shariffah, guru kelas 1 Aisyah 2009 merangkap guru sivik kami tahun ini yang amat pemurah untuk menceritakan pengalamannya kepada kami.Katanya, kita semua selalu mendengar yang hidup ini umpama roda, dan sebagainya.Tetapi, kali ini dia membawa, "hidup ini umpama peperiksaan."

HIDUP INI UMPAMA PEPERIKSAAN.

Setiap kali menghadapi peperiksaan, pasti kita akan belajar bersungguh, membaca buku serta mengulangkaji pelajaran tidak kira waktu sebagai bekalan otak ketika menghadpi peperiksaan. Setelah menjawab peperiksaan, kita akan menunggu hasilnya.Jika banyak usaha yang kita lakukan, maka baiklah jua keputusan kita.Kertas peperiksaan akan sampai ke tangan pemeriksa, lalu dia akan memeriksanya dan jika betul jawapan yang telah kita buat, maka kita akan lulus dalam peperiksaan.Jikalau tidak, akan tertandalah cop merah berukiran FAILED.

Tetapi pernah kah kita terfikir hidup ini umpama peperiksaan juga?
Seharian kita bribadah kepadaNya.
Menghadapi ujian yang Allah berikan pada kita.

Firman Allah surah Al-Ankabut ayat 2;
Adakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata "Kami beriman" sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

Dan setiap amalan yang kita lakukan, akan dicatat oleh malaikat.Tidak kira amalan sebesar zarah sekalipun, dia tetap akan mencatatnya atas uruhan Allah.

Dan di akhirat nanti, buku catatan yang telah ditulis malaikat selama kita hidup, akan diberi kepada Allah.Allah akan memeriksa buku catatan kita.Jikalau banyak kebaikan yang kita lakukan, insya-ALlah, syurga lah tempat kita.Tetapi jika amal kejahatan yang banyak....maka jawapannya ialah NERAKA.

Apa yang ana ingin highlightkan di sini, kita kena rasa hidup kita ini umpama peperiksaan.Ambillah Al-Quran dan hadis sebagai panduan yang memandu hidup kita untuk mendapat keputusan yang mantap.Ingatlah, setiap apa yang kita lakukan, hatta membuang sampah sekalipun, akan dikira.Apatah lagi jikalau kita tidak menjaga aurat kita, maruah diri kita, layakkah kita untuk berangan mendapat syurgaNya?

Di dalam pemerhatian ana sejak awal tahun ini, masalah disiplin di MATRI terutama sahibah semakin menjadi-jadi.Bukti, banyak pelajar yang telah dibuang, serta banyak nama yang disebutkan di perhimpunan akibat melakukan masalah disiplin.
Ini bukan masalah MATRI, tetpi masalah diri sendri!Masalah hati yang terlalu hitam untuk melakukab kebaikan.Masalah diri yang selalu mengikut telunjuk nafsu dan hasutan syaitan.

Sedarlah sahibahku...

Sebagai seorang muslimah, mukminah yang soleh..kita harus mematuhi peraturan.Peraturan di MATRI bukanlah satu penyiksaan, peraturan di MATRI adalah peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah.Jangan kerana MATRI menyuruh kita memakai stokin, baru kita memakai stokin.Sebaliknya, kita kena istiqamah di mana-mana sahaja untuk memakai stokin.Aurat itu ialah maruah diri kita, kalau kita membuka aurat kita, maka tercemarlah maruah diri kita.Kalau bukan kita lagi yang menjadi qudwah kepada orang luar, siapa lagi?

sahibahku yang disayangikerana Allah,

entri ini bukanlah untuk meluahkan perasaan ana seorang.Namun ia adalah luahan hati pelajar MATRI yang lain yang kian bimbang dengan kemerosotan akhlak kita.Pelajar-pelajar MATRI yang ingin kan semua sahabat-sahabatnya menjadi baik, mempuanyai akhlak yang terpuji.Sedarlah, kita ini pelajar sekolah agama, akhlak kita, menunjukkan agama kita.Kalau kita tidak solehkan diri kita dahulu, bagaimana kita akan mensolehkan orang lain?Ana taknak orang kata.."Eleh, pelajar skola agama 2x5 je mcm skola biasa.."

Ana tak mahu, dan ana tahu, semua tak mahu !

Jadi, muhasabahkan diri kita balik.Periksa diri kita kembali.Mintalah ampunan dari Allah, sebelum segalanya sudah terlambat.Jangan tatkala matahari terbit dari tempat tenggelamnya, baru antunna menyesali segala2nya yang tika itu sudah terlewat...

Wallahu'alam..